Tuesday, September 15, 2009

Tembak mati sahaja mereka itu.

Entri ini adalah tidak sesuai dibaca oleh golongan² berikut : ibu mengandung, manusia bawah umur, manusia lemah semangat, perempuan/lelaki yang bersifat manja, manusia yang terlalu baik, dan apa² yang berkaitan.

entri ini sememangnya aku taip mengikut pendapat dan pandangan aku sendiri. Aku banyak yang aku taip mungkin tidak dipersetujui, cuma aku taip apa yang aku rasa dalam hati aku. Dan aku tidak bertanggungjawab jika ada pihak yang mengikut kata² dalam entri ini.(terutamanya pihak polis.


Saban hari, jenayah berlaku dimana-mana sahaja. dan sejak kebelakangan ini, pelbagai jenayah yang berlaku, bunuh, rompak, culik, rogol, ugutan dan banyak lagi jenis jenayah yang aku rasa tidak perlu aku senaraikan disini.

Setiap jenayah yang dilakukan, akan dikenakan balasan yang setimpal mengikut undang-undang negara kita.(Setimpal ke.?). Tetapi itu kalau yang kena tangkapla. Kalau yang tidak kena tangkap lagi, sebab itulah terus melakukan jenayah.

Ada ketikanya, apabila aku baca surat khabar atau dengar berita pasal jenayah, aku rasa sangat marah. Kalau la aku yang berkuasa dan tiada undang² yang khusus, sudah banyak penjenayah yang mati disebabkan keputusan aku. Tapi maklumla, siapalah aku ini.



Berbalik kepada tajuk entri ini, memang aku rasa patut ditembak mati sahaja mereka itu.? Siapakah yang aku maksudkan untuk ditembak mati.? Anda baca seterusnya entri dibawah ini.

Penjenayah bersenjata (parang /pistol)
Ini semestinya perlu masuk dalam senarai ini. Penjenayah yang bersenjata ini banyak menyusahkan orang ramai. Sudah lah melakukan jenayah, membahayakan roang pula. sampai ada mangsa yang ditetak mati. So, kalau seorang penjenayah bersenjata, mereka perlu ditembak mati. Dan aku sangat gembira kalau baca akhbar atau dengar berita macam ni "5 geng botak ditembak mati", YA, mereka memang patut mati pun.

Oleh itu, siapa yang mengecam tindakan polis menembak mati penjenayah² ini, mereka perlu jadi mangsa kepada penjenayah ini. Kalu tidak pun mereke perlu jadi polis yang berhadapan dengan penjenayah ini. Baru mereka akan faham kenapa penjenayah² ini perlu ditembak mati.

Kasanova

Kasanova juga bagi aku antara yang perlu ditembak mati. Kerana mereka banyak merosakkan hidup orang lain. Walaupun mereka bukanlah jenis muka yang baik, berpakaian kemas, tetapi apa yang lakukan adalah tidak patut. Jahat tetap jahat walaupun muka hensem atau bergaya. Mereka merosakan hidup perempuan.!. Dan amat baguslah jika kasanova ini juga termasuk dalam senarai orang yang perlu ditembak mati.

Mat rempit yang melakukan jenayah ( peragut)
Tidak semua mat rempit yang termasuk dalam perlu ditembak. kalau yang jenis buat bising, memekak malam² aku rasa patut dipenjara sahaja. Mat rempit yang kau maksudkan perlu ditembak mati adalah yang melakukan jenayah. Biasa jenayah yang mereka lakukan adalah meragut. So, cadangan aku pada polis, kalau kejar peragut, tidak perlu himpit motosikalnya, tembak sahaja.

Penculik, perogol.
Penculik dan perogol aku masukkan dalam satu kategori yang sama. Ada juga yang menculik sahaja (lelaki). ada juga yang mintak wang tebusan. da juga dah la menculik, merogol pula. So, penjenayah jenis ini juga bagi aku sangat bagus untuk ditembak mati. Mereka adalah jenis yang mengancam orang lain.


Lelaki gila seks
GOMBAK: Kecewa selepas gagal memujuk wanita pujaan hati yang berstatus ‘isteri orang’ untuk berkahwin dengannya, seorang lelaki bertindak luar biasa dengan mengurung wanita berkenaan dalam rumahnya sebelum menjadikannya hamba seks selama empat bulan.

Sebenarnya pada awalnya aku tidak masukkan jenis ini. tetapi ada dulu aku baca akhbar seperti atas ini. So, aku rasa dia pun patut ditembak mati. ada bangkangan.?

Pembunuh.
Adalah satu kesilapan jika pembunuh tidak dimasukkan kedalam senarai manusia yagn perlu ditembak mati.

Sebab itu aku masukkan juga. Pembunuh ini tidak kira la pembunuhan upahan atau memang berniat hendak membunuh, hukuman yng sesuai adalah tembak mati. Membunuh tidak sengaja tidak termasuk ye.

-------------------------------

Bagaimana aku rasa hukuman tembak mati ini perlu dilakukan.?
Aku rasa cara paling berkesan untuk dilaksanakan adalah tembak mati di tempat awam.
Tetapi aku juga tahu kalaulah, dilaksanakan di Malaysia, tidak ramai yang sanggup tengok, malahan ramai yang membangkang.
Kenapa.? Kerana rakyat Malaysia semuanya baik², sopan santun, penuh dengan kelembutan untuk melihat aksi yang 'kejam' ini. Tidak kira lelaki atau perempuan, semuanya baik².


No comments: