Friday, November 20, 2009

HUJAN...

Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita, "Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?



Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).


Hakikatnya, hujan itu rahmat


"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)


Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empanganIni sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.


Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.


Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?


"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)


Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah.Lihatlah firman Allah yg bermaksud :


"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)


Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.


"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)


Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.


"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu
lakukan." (Surah Hud : 123)

Adakah Anda Ada Tanda-tanda Terkena SIHIR!!!

Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berpenyakit misteri !

i) Malas untuk melakukan rutin seharian / amal ibadat / pekerjaan.


Tiba-tiba anda malas melakukan kerja seharian yang anda biasa lakukan seperti malas ke pejabat, hilang minat untuk bekerja, malas untuk beribadat (seperti sembahyang, zikir, membaca al Quran). Hilang semangat ini juga adalah untuk aktiviti seks dan aktiviti-aktiviti bersama keluarga / saudara terdekat.

ii) Tidak mampu untuk mengawal diri anda sendiri.

Anda tidak berkemampuan untuk mengawal diri anda, hilang kawalan dengan tiba-tiba (yang menyebabkan anda pengsan, histeria, mudah marah, tension, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu anda mengawalnya)

iii) Sentiasa alami gangguan semasa / sebelum tidur.

Sukar untuk tidur, sentiasa terganggu semasa / sebelum tidur. Alami mimpi yang aneh / menakutkan, sering tersedar dengan tiba-tiba semasa tidur, terasa di tindih semasa tidur, gangguan fikiran sebelum tidur.

iv) Dada / Jantung sentiasa berdebar-debar

Alami penyakit dada / jantung berdebar dengan tiba-tiba (anda tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

v) Hilang selera makan

Gangguan selera makan dengan tiba-tiba dan berat badan turun dengan mendadak

vi) Masalah hubungan suami - isteri

Hubungan yang baik suami - isteri, tiba-tiba bermasalah. Rindu dengan suami / isteri bila berjauhan tetapi akan benci / sering bergaduh bila berjumpa / dirumah. Sentiasa bergaduh walau tiada sebab yang besar.

vii) Suka Bersendirian / Sedih

Anda sering berasa sedih, duduk bersendirian, resah gelisah tanpa sebab munasabah, rasa diri sentiasa bersalah, berfikir untuk mati (membunuh diri), rasa seperti tidak berguna.

viii) Kesan lebam pada tubuh

Terdapat kesan lebam tanpa tahu puncanya. Kesan lebam ini terutamanya disekitar tangan, betis, lengan dan peha.

ix) Berasa tidak tenteram dirumah

Rasa seram, takut, tidak tenteram dan tidak senang duduk di dalam rumah.

x) Ternampak / terdengar sesuatu yang pelik

Sering ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga untuk melakukan perkara pelik seperti mencederakan diri sendiri, mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya meghasut untuk kearah perkara yang bersifat jahat, halusinasani dan sebagainya.

xi) Melihat / bermimpi binatang.

Melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking di dalam rumah. Bermimpi melihat binatang berbisa (ular, kala jengking), kucing, anjing. Bermimpi tentang kemalangan, darah, kematian yang pelik-pelik.

xii) Perniagaan terganggu dengan tiba-tiba.

Perniagaan yang berjalan baik tiba-tiba terganggu. Jualan menurun dengan mendadak, pelanggan susah untuk datang ke kedai, kakitangan sentiasa bermasalah.

xiii) Terhidu bau pelik

Terhidu bau seperti darah, kemenyan, bau wangi tanpa diketahui puncanya

Sunday, November 15, 2009

Ada Apa dengan 2012

Trailer movie 2012 adalah satu lagi konspirasi nak mengelirukan orang awam. Ia diterbitkan columbia tristar iaitu sekutu paling kuat illuminati dalam bidang perfileman.

Cerita ini based kepada kalendar kaum Maya. Oleh kerana kalendar Maya akan tamat pada 21 dec 2012 maka, mereka juga mengadakan cerita konspirasi ini iaitu kiamat pada 2012.

Menurut Zagami: (The Resistance)

Illuminati merancang melakukan “Penazian” negara-negara Barat pada tahun 2012 dan akan menghukum semua orang beriman, dengan alasan berperang melawan terorist serta akan menghancurkan perekonomian dunia.

Zagami, seorang keturunan keluarga Illuminati, pada bulan Jun tahun lalu telah menukar agama, dan memilih Islam sebagai agama barunya. Kemudian dia nekad melakukan counter attack terhadap Illuminati. Sewaktu beliau masih sebagai anggota keluarga Illuminati, Ia mempunyai banyak pengalaman mengikuti berbagai upacara setan yang menakutkan, upacara magic hitam (sihir jahat), pengendalian fikiran (mind control) dan penyeksaan yang dilakukan di dalam lingkungan Loji tertutup.

Pada setiap Sabtu ia menyimpan daftar nama-nama anggota Freemasonry tingkat tinggi dan dipanggil sebagai Illuminati Confessions, mereka menyatakan persediaan berperang melawan para pengikut setan Illuminati. Di samping melakukan kawalan secara ketat, Zagami juga memberikan nombor telefon peribadi untuk menjawab berbagai pertanyaan penting mengenai ketulusannya melakukan hal tersebut.

“Zagami menjelaskan bahawa sekarang adalah akhir zaman, dan ini bukan main-main, tegasnya, Hal itu disampaikannya pada tanggal 3 Januari 2007 dalam sebuah wawancara di tempatnya.

“Perlu diingat bahawa akan terjadi perubahan posisi kosmik pada tanggal 21 Desember 2012, dimana situasi itu memerlukan waktu 6 tahun kepada kita untuk mempersiapkan diri … Jadi, sebaiknya waktu itu dipersiapkan diri kita masing masing, kemudian semuanya bangkit melawan Illuminati dan memertahankan hak kita di bawah perlindungan dari Allah s.w.t sebelum Illuminati mengambil mengambilalih dan memulakan penganiayaan terhadap orang-orang beriman. … Siapkan senjata kamu untuk mempertahankan keyakinan atau kita juga akan hancur binasa. Ini perang melawan Setan, jadi, wahai penduduk bumi belahan Barat, (termasuk di Timur juga) sadarlah, atau kamu akan bangun dari mimpi buruk di pagi hari bulan Desember 2012.

“Mulai tahun 2010 Anda akan mula merasai perubahan suasana secara besar-besaran, akan tetapi pada tahun 2012 Anda akan melihat dengan jelas berakhirnya peradaban ini dengan mata kepala kita sendiri … akan terjadi total PENAZIAN negara-negara Barat pada tahun 2010, sebelum itu ekonomi akan mula jatuh ke tahap yang teruk yang kesannya akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik internal pada tahun 2012, yaitu PERANG SAUDARA”

“Apakah Anda siap mati untuk Allah dan dengan keyakinan agama Islam untuk melakukan perubahan positif untuk dunia, ataukah Anda semua hanyalah sekumpulan pengecut yang berada di bawah kekuasaan setan, atau hanya tahu cakap saja dengan tidak ada bukti nyata”

Zagami, sebagai mantan anggota the Comitato Esecutivo Massonico - Masonic Executive Committee (MEC) of Monte Carlo, beliau juga sebagai anggota Freemasonry tingkat 33, dan sebagai salah seorang pimpinan dalam kelompok Loji setan P2 (Propaganda 2) Freemasonry. Dia adalah seorang “pemimpin” yang dipersiapkan untuk mengambil alih pimpinan Illuminati dari “raja” Licio Gelli yang sudah tua.

Illuminati layaknya seperti kumpulan-kumpulan besar. Tiada masalah jika keluarga Chicago, London atau New York yang melakukan tugas. Mereka merupakan lingkaran keluarga yang hidupnya diabadikan untuk kepentingan tujuan yang sama, iaitu menguasai dunia dengan sistem Luciferian.

Mari kita lihat pementasan karya Illuminati

Zagami menjelaskan bahawa dunia merupakan pertunjukan boneka global di kendalikan oleh tangan-tangan manusia idiot, yang tidak pernah berubah cara hidupnya selama berabad-abad di bawah naungan ajaran Lucifer.

Kata Zagami, mereka bekerja bersama-sama, termasuk Hugo Chavez yang dengan sungguh-sungguh membantu melaksanakan agenda Bush dengan penampilan theatrical nya. Chavez dikendalikan oleh Vatican dan bekerja untuk The New World Order sebagaimana juga dilakukan oleh hampir semua pimpinan pemerintahan dan agama-agama di dunia.

“Begitulah cara mereka bekerja bersama-sama di lapisan atas untuk satu tujuan yang mereka fikir merupakan suatu cover-up yang sempurna. Wahabi atau Wahibi [the Saudis] diciptakan oleh Zionis dan teman-temannya. Tentu saja Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) juga berada dibelakang pimpinan Iran dan pimpinan Perlawanan Iraq . Semuanya panggung sandiwara untuk mengelirukan orang-orang awam.

“Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad di kenali sebagai pengikut aliran setan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”.

Dia juga mengatakan bahawa konflik Putin dengan Rothschild hanyalah sebuah “permainan”. Putin juga dikendalikan oleh Illuminati.

Zagami menentang bekas kawan-kawan beliau yang merupakan anggota Freemasonry penyembah setan dan pengamal black magic, para penipu, untuk berdialog secara terbuka. Untuk menguasai rakyatnya sendiri, para Aristokrat Eropah dalam melaksanakan pemerintahannya selalunya dibantu dengan sorcery dan black magic.. serta kekuatan setan lainnya … Mereka belajar ilmu setan ini dari Guru-gurunya di Rome yang diambil ilmunya dari Yunani, Mesir, Sumeria … yang tidak pernah berhenti melakukan penipuan terus menerus terhadap umat manusia.

Selanjutnya dikatakan bahawa G.W. Bush adalah anak “orang paling berkuasa di Illuminati dan dia dididik bapaknya serta CIA untuk menjadi seorang boneka. Antichrist Vatican Zionist, dan tidaklah menjadi masalah bagi Illuminati, apakah ia menjadi presiden atau tidak, kerana keluarga Bush akan selalu tampil berperanan sebagai pemimpin keadaan. Ingat tokoh setan Anton LaVey, pendiri Gereja Setan dan pengendali perang pemikiran CIA adalah teman dekat George H. Bush, mereka bersama-sama merencanakan untuk menjadikan anak nya iaitu George W.Bush sebagai pengikut setan, untuk melakukan peranan penting apabila datangnya Era Setan setelah 11 September 2001. Dan kejadian tersebut dirancang rapi sejak lama dulu, sewaktu Anton LaVey masih hidup.

“Saat ini hampir semua ajaran agama dirosak dari dalam oleh Illuminati, termasuk Islam, Yahudi, Evangelis, Protestan, the Born-Again Kristen, semuanya di kuasai secara rahsia oleh Freemasonry, knight templar, dan Jesuit. Jadi dialog antar-agama secara murni pun sangat mustahil untuk dilakukan.

Natijahnya, Leo Zagami menanggap dirinya sebagai "the last idealist in the Illuminati." Dan mengatakan bahawa Ia memimpin pemberontakkan terhadap Illuminati dan cukup memperoleh sokongan dari rakan-rakannya yang sama-sama telah sedar. Adalah penuh harapan dalam situasi seperti waktu sekarang ini muncul seorang yang berani dan layak seperti Leo Zagami. Ingat, Illuminati selalu merancang huru-hara dan kemudian mereka juga menjadi juru selamat. Umpama mereka menghantar virus mungkin seperti H1N1, dan mereka juga akan berperanan sebagai juru selamat. Contoh lain, seperti Hitler berjaya menjebak rakyat Jerman ke dalam perangkap Illuminati. Dan beliau juga menjadi hero Jerman.

Wahabi tidak pernah difatwa sesat

Wahabi tidak pernah difatwa sesat

Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengkategorikan fahaman Wahabi sebagai salah dan sesat di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

"Kalau kita kata sesat, maknanya kalau kita pergi Mekah, kita tak bolehlah sembahyang dengan tok imam di Mekah... tak sah, habislah jemaah haji kita.

"Dia (Wahabi) tak sesat, cumanya ia bergantung kepada kesesuaian di negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Peringkat Kebangsaan bertajuk 'Pendermaan Organ dari Perspektif Islam' di Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Antara ajaran fahaman Wahabi ialah tidak mengamalkan bacaan doa qunut dan Yaasiin selain tidak mengadakan tahlil dan tidak berzikir selepas solat seperti amalan biasa umat Islam di negara ini.

Mashitah yang menyifatkan isu mengenai Wahabi ini sebagai "sensitif", berkata setakat ini fahaman tersebut masih boleh dibendung dari terus berkembang ke seluruh negara.

"Kita juga perlu menjaga (sensitiviti) beberapa negeri, negara dan masyarakat kita. Jadi kalau kita timbulkan banyak isu ini, masyarakat akan jadi keliru.

"Sekarang ini kita tekankan di Malaysia ialah kita berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Perbezaan dalam aliran ini selagi tidak menyentuh mengenai akidah, maka ia adalah fahaman yang boleh diterima tetapi kalau sentuh soal akidah, contohnya Allah itu duduk ke tak duduk ke, maka kita akan ambil satu pendekatan yang lebih serius.

"Tetapi setakat ini fahaman Wahabi itu kita masih dapat bendung," katanya.

Mashitah ketika ditanya pemberita sama ada fahaman tersebut boleh dikategorikan sebagai berbahaya, berkata: "Kerajaan dan Majlis Fatwa sedang melihatnya dengan berhati-hati supaya tidak menimbul ketegangan dalam kalangan orang agama mahu pun masyarakat yang melihat.

"Kita di Malaysia ini mengambil pendekatan yang halus dan berdiplomasi. Sensitiviti kebanyakan orang itu, kita kena jagalah. Itu yang kita nak jaga supaya perpaduan sesama kita terpelihara."

Turut hadir pada seminar tersebut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Othman Mustafa dan Pengarah Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Datuk Dr Azmi Shapie.

Terdahulu, mengenai pendermaan organ, Dr Azmi berkata sehingga Oktober tahun ini, seramai 134,000 orang telah mendaftar dan berikrar untuk menjadi penderma organ dan 19,000 orang pesakit buah pinggang dicatatkan sehingga bulan yang sama.

"Dari jumlah ini, Melayu adalah kumpulan yang terendah untuk tampil mendermakan organ. Ini adalah kerana meraka kurang pendedahan atau pemahaman mengenai pendermaan organ," katanya.

Othman dalam ucapannya pada seminar itu pula berkata agama tidak menghalang untuk menderma organ dan antara faktor penghalang seseorang Muslim untuk menderma organ adalah kerana rasa takut.

Beliau berkata walaupun pendermaan organ seperti jantung dan kornea dibolehkan dan difatwakan pada tahun 1970, namun jumlah individu Islam yang menderma amat kecil berbanding mereka yang beragama lain. BERNAMA

jom ikut lmbu...

Saya dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak. Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

"LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS."

Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata:
'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS."

Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :,
'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia '

Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS"

Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!

Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"

"Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA ??"
hahahahahhahaahhaahhaha
gurau3

Cara baru perompak kereta

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... .... Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca artikel ini.

Remaja terjebak berpakaian halal, haram

HARI ini nak pakai baju mana ya? Ini soalan yang kita biasa tanya diri kita jika nak keluar bekerja, membeli-belah, menziarahi seseorang dan majlis tertentu, sama ada lelaki atau perempuan, remaja atau yang berusia.

Biasanya kita memilih pakaian yang paling kita suka. Dalam Islam ketika memilih pakaian, kita ada identiti tersendiri.


Semuanya kena ambil kira, soal fiqah dan syariat. Sebab pakaian yang kita pakai sangat kuat terikat dengan keyakinan dan iman dalam hati kita. Malah, pakaian adalah lambang keimanan.

Sebabnya Allah sudah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi." (al-Ahzab: 59)

Rupanya soal pakaian ada disebut kod dan etikanya dan panduan ini mesti diikuti semua Muslimah.

Berpakaian tak boleh ikut suka kita saja sebab kita hamba Tuhan. Sebagai hamba kena ikut tauke dan kalau tidak ikut juga dah kira lawan tauke.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai pakaian remaja yang nampaknya sudah tidak mengikut kod dan etika al-Quran.

Adik-adik remaja di luar sana sudah tidak menghiraukan lagi halal haram dalam pemakaian, asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini.

Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H' iaitu 'Halal' tetapi 'Haram'.

Ini amat ketara jika kita perhatikan di sekeliling kita, ramai remaja yang bertudung. Apabila sekali lihat, memang nampak mereka menutup aurat.

Bagaimanapun, jika diperhatikan, ramai di kalangan mereka yang berpakaian ketat dan tidak kurang yang berlengan pendek. Pakaian lengan 'three quarter' (tiga perempat) paling glamor dan popular di kalangan remaja bertudung.

Suatu ketika dahulu, pakaian sedemikian begitu mengaibkan dan memalukan, namun kini seolah-olah ia menjadi pakaian yang dialu-alukan.

Mana tidaknya, pakaian sedemikian banyak bersangkutan dan berampaian di gedung pakaian di negara kita ini. Pelbagai fesyen baru hadir bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga pakaian bersaiz kecil sehingga tidak keterlaluan jika kita katakan sekarang begitu sukar untuk membezakan antara pakaian kanak-kanak dan remaja.

Sebilangan daripada remaja kita juga lupa atau tidak tahu jantina mereka sendiri sehingga si lelaki memakai pakaian perempuan, sementara perempuan pula sebaliknya.

Ustaz harap adik-adik remaja berhentilah daripada kebiasaan ini kerana dilaknat Allah. Ini jelas dinyatakan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."

Ada pula yang berkata: "Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik." Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, rambut adalah 'mahkota', jadi kenalah tunjuk. Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata 'ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.'

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes 'dapat manis sepah dibuang' iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.

Kenapa kita perlu balik kerja awal?

Baca slowly dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Kenapa kita perlu balik kerja awal?

Baca slowly dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

Thursday, November 5, 2009

KFC x Halal

Thanks to modern technology, proses dakwah boleh disampaikan dengan cara lebih menyeluruh dan kepada lebih ramai dengan mudah. Antra cara yang terbaik dan kos efisyen, rancangan radio. So,semalam tgh bukak radio 24 (93.9 FM), CEO MIHAS,Mr. Shukri Abdullah, ditemuramah. Benda yg caught my attention, sewaktu en Shukri ni buat promotion pasal MIHAS Trade show 2008 di negara2 teluk seperti Arab Saudi,UAE,Iran etc...orang2 Arab bertanyakan kepada dia, 'MIHAS Trade Show ni trade show pasal daging ke?'. Pelik,so En Shukri tanya, kenapa pula? Orang2 arab menjawab,di negara mereka, halal ni refer kepada daging sahaja. So,En Shukri terangkan, daripada 200 lebih exhibitors, hanya 4 exhibitors daging, lain semua produk2 lain mcm pharmaceuticals etc.

Pelik, tapi mungkin kepada sesetengah Muslim, halal hanya tertakluk kepada, sembelih atau tidak haiwan makanan. Tapi,benda2 mcm ubat gigi..benda2 harian..cosmetic...ubat...boleh belasah jek. Ini orang Arab, yang kita selalu sanjung tinggi2 kerana kononnya, mereka ini lebih mendalam ilmu tentang Islam. Hmmm.

Petang tadi,Radio IKIM, MD Mumtaz Marine Food (http://azzain.com/index.html) ditemu ramah. Dr Zainol mengulas tentang bagaimana ibubapa Muslim...Melayu terutamanya 'membunuh' atau 'meracun' anak2 mereka setiap hari dengan memberi anak2 mereka makan benda2 yg murah, x berkualiti, was2 setiap hari. Apa bendanya yg ibubapa bagi kat anak2? Contoh Dr Zainol cakap, air kordial sirap merah...yang penuh dengan chemical..yang bercampur dengan cochineal. Cochineal ni, adalah hasil dari kumbang merah,yang digunakan oleh industri makanan dan juga industri cosmetic nak hasilkan warna merah. Apa lagi? Fast food, burger2 ayam2 sosej yang kita bagi anak2 kita makan setiap hari yang diperbuat dengan low quality meat. Sosej adalah hampagas ayam atau lembu...left over..mcm lemak2...tulang2...spare parts yg dicampur dan digaul...dengan bahan kimia. Ingat movie Super Size Me,seorang indie director dari US membongkar bagaimana McDonalds menghasilkan Nuggets. Yes, chicken McNuggets. McNuggets adalah hasil ayam2 bahan2 buangan ayam yang diadun dengan kimia.

Bukan setakat itu sahaja. Mahad2 Tahfiz juga membunuh future 'hafiz' dan 'hafizah' dengan memberi mereka makan makanan yang murah dan was2. Bukan Dr Zainol sahaja yang cakap, Tok Ki' di Radio Ikim pernah bawa isu dimana, mahad2 Tahfiz di seluruh negara ni, pasal nak rendahkan kos makanan, membeli ayam2 dari pembekal non-muslim. Kalau dah niat nak run a tahfiz, takan nak short-cut dengan lower the cost of food dengan bagi budak2 ni makan benda was2. Tsk tsk tsk.

So, wondering why budak2 or orang2 sekarang liar dan x terkawal, it's the food. Wonder why kat Malaysia ni, kadar pengidap kanser,seawal umur 22, its the food. This revelation is even worst dari documentary 'Super Size Me', kerana sebagai orang Islam...kita sepatutnya lebih detail dalam bab makanan. Aku ada sorang colleague kat opis,he's American...and Jewish. Guess where he gets his supply of poultry? Dari kedai Dr Zainol kat Taman Nirwana,Ampang. Why? First, bukan pasal religion la, tapi pasal dia and family dia mmg jaga bab organik2 nih. Semua benda beli, dari vitamins, cereals, etc nak organik. Lama dia x makan ayam atau lembu bila dia sampai Malaysia, pasal dia tatau kat mana nak cari benda yg organik.

I'm not promoting Dr Zainol's company, just try pondering...even orang2 yg...well...in the know about Islam...ustaz, penceramah, pengarah Jabatan Islam...etc...are they aware of what really is halal & toyibah, or JAKIM ni dah jadi mcm 'certificate mill', just issue sahaja certificate Halal. Should halal cert be given to a food product yang walaupun halal dari segi sahih,..ie disembelih...dengan cara betul...tapi dicampurkan dengan cancer causing food conditioners...should it be given the halal logo?

and why is company mcm KFC,Ayamas etc yg bukan sahaja cara penternakan dan pemakan ayam mereka was2 (suntikan antibiotik dan hormon) tapi dari segi penyembelihan (electric stunner),penyediaan (usus tidak dibersihkan dan darah etc) are given Halal status. And bila JAKIM tarik sijil Halal KFC few years back, why was not the general public notified....dalam media...kenapa Utusan x bawak isu nih? Aku hanya baca dalam Harakah. Boleh suka2 hati KFC pakai logo halal Ditanggung Halal - Penasihat Syariah KFC.

hmmm...