Tuesday, September 8, 2009

Asmara dalam taska

KUALA LUMPUR: Memalukan apabila seorang guru wanita sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Setapak di sini, dikesan tidak serik apabila menjadikan tempat itu sebagai ‘markas’ melampiaskan nafsu bersama kekasihnya walaupun pernah dinasihatkan sebelum ini.

Difahamkan, perbuatan jijik wanita berusia 30-an dengan teman lelakinya itu bukan pertama kali dilakukan, malah mereka pernah dicekup pemilik taska itu. Namun, perbuatan guru wanita itu dimaafkan atas rasa timbang rasa dan simpati.

Peluang yang diberikan itu bagaimanapun disia-siakan wanita berkenaan apabila ditangkap sekali lagi baru-baru ini di premis berkenaan sekali gus membuktikan teguran dan nasihat pernah diberikan tidak diendahkan sama sekali.
Insiden itu kemudian menyebabkan guru wanita terbabit diberhentikan kerja kerana dikatakan membawa masuk lelaki ke dalam taska berkenaan selain melakukan perbuatan terkutuk itu. Berikutan itu, pemiliknya bertindak membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan dirinya, keluarga dan kanak-kanak di taska itu.

Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi Khamis lalu, pemilik taska berkenaan dikatakan datang ke premis berkenaan untuk melakukan pemeriksaan mengejut.

“Apabila pemeriksaan dilakukan, dia terkejut apabila mendapati guru dan teman lelakinya itu sedang nyenyak tidur di atas tilam dalam keadaan bogel.

“Kedua-dua mereka terpinga-pinga dan terperanjat apabila mereka dikejutkan,” katanya di sini, semalam.

Menurut sumber, pemilik taska berkenaan kemudian terpaksa membuat keputusan untuk memecat guru wanita terbabit disebabkan kelakuan tidak senonohnya. Berikutan itu, wanita berkenaan membuat laporan di balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut.
guru ke bohsia tu..lain kali chek lu nk ambik pun

1 comment:

Asma' said...

mm..macam mane la nk didik anak murid kalu diri sendiri pun da betol..yup..betoll..x de sape y sempurna..p agak2 la...aduyai...