Tuesday, September 15, 2009

10 Perkara Jangan Beritahu Wanita

1. Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi

Jika
anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara
sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan
anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan
terluka. Dan dalam jangkamasa panjang kepercayaan mereka terhadap anda
sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat mengha
kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi
jangan ambil risiko.

2. Anda telah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini

Anda
fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan
mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat
menerima bahawa diri mereka pernah diduakan. Wanita walaupun menyatakan
mereka tidak berasa apa-apa sebenarnya mereka tebal dengan sifat dendam
dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati
apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung sekarang ini.

3. “Saya tidak berkenan awak berkawan dengan..(kawan perempuannya)”

Jangan
sesekali merendah-rendahkan atau memperlekehkan teman-temannya.
Sebaiknya beritahu perkara yang baik-baik sahaja tentang mereka. Anda
baru sahaja bersama dengannnya sedangkan teman-teman mereka telah
mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih
mengenali teman-teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam
senarai di bawah.

4. Anda punyai hobi yang pelik

Anda
mungkin pengumpul barangan ‘Transformer’ atau jam antik tegar dan
menjadi teruja apabila melihat telur-telur cicak. Tetapi anda perlu
sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula
berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang
untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.

5. Jangan jadi ‘anak emak’

Beberapa
kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap
kali, sebaiknya anda kurangkan sedikit. Wanita tidak suka merasakan
seperti sedang berebut anda daripada ibu anda. Jadi simpan rahsia diri
sekemas-kemasnya.


6. Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu

Wanita
tidak suka dibandin-bandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang
buruk-buruk. Jika anda berbuat begini anda sebenarnya menempah satu
hubungan yang singkat.

7. Simpan rahsia kelemahan anda

Jika
anda jenis lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan
rahsia itu sebaiknya. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara natural
iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.

8. “Saya suka dengan (nama wanita lain)”

Jangan
beritahu mereka tentang isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda
seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.

9. “Saya rasa hubungan kita tidak terjamin lagi”

Wanita
tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda
sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status
kerjayanya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari
anda. Jika ada perasaan sebegitu sebaiknya anda kawal hati dengan
sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.

10. Dia tidak disukai keluarga anda

Anda
hanya memarakkan api yang sedang menyala. Sebaiknya anda diamkan sahaja
perkara itu daripada diketahui pasangan. Sementara menunggu masalah
reda, anda boleh memujuk keluarga untuk menerimanya dengan memberitahu
perkara baik tentang wanita pilihan anda itu.

1 comment:

Asma' said...

oo..cmtu rupe nye...