Monday, September 7, 2009

Coca Cola

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan
dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila
berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur
atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup
tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan
biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang
dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian
untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh
tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome :
Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat
bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta
merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan
setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa.
Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi
berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke
dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!



Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja besi mesti
suka ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,(bukan
lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda
amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak
lori tu dihakis. .Tolong jangan letak atau parkir kereta berhampiran
lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta,
putus 2 sebab hakisan atau karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.

Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid
tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak
bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena
tipu.

Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi.
7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dan lain-lain. Sama jer! Anak bapak dan
Keluarga 69.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta
untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh.
Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari
daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi
dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot
gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer!
Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga
perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu,
semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa
coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah
ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama
cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur
serangga dan lain-lain.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya
kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat
rumah.

1 comment:

Asma' said...

Ya Allah...
kesian nye perut ak...
huhu...
insaf2...=(