Tuesday, September 15, 2009

Ada apa dengan Ayah Pin?(Korang percaya tak?)

Assalamualaikum,
Korang percaya tak ngan ayah pin??huuhu....

Kumpulan Ayah Pin merupakan antara lima kumpulan ajaran sesat paling tegar dikesan di Malaysia dan mula bergerak pada tahun 1982. Ia antara lain, mengamalkan ratib secara kuat dalam gelap dengan bercampur antara lelaki dan wanita. Pemimpinnya pula, Arrifin Muhammad , 65 tahun mengaku dirinya sebagai tuhan, pencipta semua agama serta pemegang kunci ke syurga.

psst*menipu lebeyh....

25 perkara punca ajaran Ayah Pin difatwa sesat

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini diberitahu terdapat 25 perkara yang menyebabkan ajaran Ayah Pin difatwakan sebagai sesat. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari negeri, Wan Mohd. Wan Hassan berkata, antara perkara yang terdapat dalam ajaran Ayah Pin adalah dia pernah mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Katanya, di dalam ajaran itu juga;

*
Menyatakan Rukun Islam dan hukum-hukum syarak seperti puasa dan zakat tiada kena mengena dengan Allah.
*
Ayah Pin mendakwa pergi ke Mekah menunaikan haji adalah sia-sia. Kiamat tidak akan berlaku kerana Allah tidak bodoh menjadikan alam kemudian dimusnahkan.
*
Jika seseorang itu hendak menjadi Islam, perlulah menjadi kafir terlebih dahulu. Dia juga mendakwa al-Quran yang ada sekarang adalah tidak benar,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wakil pembangkang, Harun Taib (Pas-Manir) pada sidang DUN di sini hari ini. Wan Mohd. berkata, antara kandungan yang terdapat dalam ajaran itu ialah Ayah Pin satu-satunya orang yang boleh membawa Islam sebenar sebagaimana zaman Rasulullah s.a.w.
*
Ayah Pin mendakwa syurga adalah terhad kepada pengikutnya sahaja dan orang lain adalah seperti babi (Khinzir) belaka (kotor).
*
Mendakwa dia akan menjadi Perdana Menteri di akhirat nanti dan juga pernah naik ke langit serta duduk di atas arasy.
*
Ajaran Ayah Pin juga tidak percaya kepada Rasulullah kerana Rasulullah adalah manusia dan boleh mengatasinya dengan berzikir.
*
Berzikir adalah lebih afdal daripada sembahyang lima waktu dan jika seseorang itu telah ilham, zuk, kasyaf, maka sembahyang lima waktu digugurkan.

Inilah antara perkara-perkara yang menyebabkan kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menghapuskan ajaran tersebut kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam sebenar,'' ujarnya.

Rahsia Ayah Pin Terbongkar

Al kisah, ayah pin boleh mendapatkan duit dgn menyeru jumlah wang yg
dikehendaki dan dlm sekelip wang tersebut ada di dlm poket seluarnya.
Sungguh hebat ayah pin..begitulah kata pengikutnya yg setia. Kalau
pergi ke mana-mana sahaja, tentang wang tidak dirisaukan oleh ayah pin tetapi
permintaan tersebut tidak melebihi RM500,000.00 sehari, dan sekali
seru hanya RM50 sahaja, itulah syarat yang perlu di ikuti oleh ayah pin..

Suatu hari, ayah pin berjalan di kota metropolitan KL dengan harapan
untuk mencari ahli baru kerajaan langit dan merekrut mereka agar menjadi
pengikut setianya. Selepas puas berjalan ayah pin singgah di satu kedai mamak
untuk minum bersama pengikutnya. Setelah minum, dengan bangganya dia
memanggil pelayan kedai tersebut dan meminta resit untuk membuat pembayaran.
Pelayan tersebut memberikan resit yang bernilai RM200 kepada ayah pin dan
dengan kembang lubang hidung ayah pin pun menyeru jumlah tersebut sebanyak
4x dan membayarnya. Pelayan kedai itu tergamam dan bertanya kepada ayah pin
bagaimana dia melakukannya, ayah pin pun memberi satu syarat iaitu 'kalu
demo nok tahu, keno joing kerajae langit dulu, *pah tu baru kawe bagi
tau..' maka pelayan tersebut bersetuju dengan pelawaan ayah pin.

Setelah memdapat seorang ahli baru ayah pin pun beredar dan
memerhati mana-mana mangsa yang boleh dijadikan pengikutnya, Tetiba ayah pin
tertarik dengan suatu benda yang memang dihajati sejak kecil lagi iaitu
Ferrari di dlm kedai kereta Naza World, terdetik dihati ayah pin untuk
memilikinya..ayah pin pun menuju ke kedai tersebut dan melihat-lihat
kereta yg diidamkannya itu.

Ayah pin memanggil jurujual kereta tersebut dan bertanyakan berapa
harga kereta terbabit, dan pelayan itu memberitahu kepada ayah pin yang
kereta tersebut beharga RM 485,000.00 OTR. Ayah pin berfikir seketika dan
tiba-tiba dia berkata 'kawe noklah kalu *regho tu tapi bagi pok cik
maso dale *sejhe dulu buleh? Pok cik nok gi *wak pitih *methar, *sekek
lagi pok cik mari bagi pitih ko demo'.

Setelah sejam berlalu ayah pin pun muncul dan bersama dengannya ada
1 guni plastic yang sarat dengan duit, terkejut jurujual tersebut lalu
bertanya kepada ayah pin di mana dia mendapat duit itu, dgn bangga ayah pin
menjawab 'kalu nok tahu keno joing kerajae langit dulu, pah tu baru buleh
bagi tau'. Jurujual tersebut bersetuju dengan cadangan ayah pin untuk menjadi
pengikutnya.

Selepas segala urusan selesai ayah pin pun pulang dengan kereta
barunya manakala pengikut-pengikutnya pula menaiki kereta iswara biru
bersama dengan pengikut yang baru di rekrut..setiba dirumah pengikut barunya
bertanya macam mana dia boleh dpt duit dengan senang sekali, dia
memjawab bahawa dia adalah utusan tuhan dan akan mendapat apa yang dihajati
dlm sekelip mata (dalam hati ayah pin berkata ' *kore ni suma budoh cayo
ngan aku haaa..haaa..)

Ayah pin memberitahu pengikutnya yang dia mahu beradu di dalam bilik
istemewanya untuk memulihkan tenaga dan berehat seketika. Ayah pin
masuk dan berbaring diatas tilamnya yang tak penah basuh dan mendapati
sepucuk surat yang ditujukan kepadanya lalu membuka dan membacanya. Selesai
membaca surat tersebut ayah pin tiba-tiba meraung dengan sekuat-kuatnya lalu
pengsan. Pengikutnya terkejut lalu bergegas masuk ke dalam bilik itu
dan mendapati ditangan ayah pin ada sepucuk surat dan mereka
membacanya?suratnya berbunyi bergini...

===
Kepada : Ayah Pin

Daripada : Toyol A/l Tolol

Perkara : Perletakkan Jawatan Sebagai Pencari Duit

Aku dengan ini mengesahkan diri aku nak berenti keje dengan ko sebab
ko aku hampir jadi biol nak curi duit sebanyak
RM485,000.00 tadi. Ko ingat aku tak reti penat ke? Lepas ni kalu ko
nak duit pergi curi sendiri.

Aku tak nak jadi macam kuli batak ko lagi. Padan muka ko..ha..ha?

Bye dari aku,

ToYol

- moral ngan cite ni jgn jadi mcm ayah pin
- nak duit kene keje rajin2 jangan guna toyol
- jadi toyol2 sekalian sambung le keje korang? wakaka! dah kene?

Legend (Lagenda?)
*wak = buat
*regho = harga
*pah = lepas
*methar = sebentar
*sekek = sikit
*pitih = duit
*sejhe = sejam
*kore = korang

No comments: