Thursday, January 28, 2010

rukun islam

RUKUN ISLAM
(5 PERKARA)
Ertinya menyembah dan mengabdikan diri kepada Tuhan melalui seluruh kehidupan kita, jiwa raga kita dan harta milik kita sehingga tertegaknya
keISLAMan yang sempurna.

1. MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAT
"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan
Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya" Dengan
Syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati sanubari dan
dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yahg Maha Esa itu
adalah Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-NYa.

2. SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
Dengan sembahyang, kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita
menyembah kepada-Nya. Mulai dari lidah membaca, tangan
bergerak, mata, telinga dan fikiran terpusat dengan susunan
rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi s.a.w.

3. MENGELUARKAN ZAKAT
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan
menyerahkan sebahagian dari harta milik kita kepada mereka
yang berhak menerimanya.

4. BERPUASA PADA BULAN RAMADAN
Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala
keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan
minum serta menjauhkan larangan-Nya. Ini secara langsung
akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketakwaan
kepada Allah s.w.t.

5. MENGERJAKAN HAJI DI BAITULLAH
Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta
kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka
yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

No comments: